Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wahsalan Ya Ramadan

Assalamualaikum....rasanya dah berkurun tak update blog!
terdetik pulak kat hati ni nak coret-coret cerita baru :)

Alhamdulillah, ak masih diberi kesempatan utk merebut peluang utk melakukan ibadah puasa pada tahun ni. hurmmm..ak mula puasa penuh masa umur 9 tahun..budak2 kalau nak suruh puasa penuh kena la bagi hadiah sebagai balasan kan..hehehheheh..macam-macam cara utk ajar budak2 supaya puasa penuh kan..so, kira ok la tuh utk membiasakan diri dari kecil, lama kelamaan dah jadi biasa dah kan..

Dikesempatan ini, ak (Nor Shamsidar Binti Nor Wahid) ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap samada secara sedar atau pun tidak sedar..sebagai manusia biasa, ak tak lari dari melakukan kesilapan, so harap korang dapat maafkan ak ok! semoga puasa ak pada tahun ini lebih diberkati dan dijauhkan dari segala kemungkaran..insyaallah kan.

"Bismillahhirohmanirrohim...Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosaku, keluargaku, dan semua kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia..matikanlah ak dalam keimanan..tunjukkanlah ak jalan yang lurus utk menerima ajaran agamamu..ku mohon padamu limpah kurniakan lah kesenangan, keilmuan, ketaqwaan dan keimanan kepadaku dan keluargaku..tabahkan lah hatiku utk menerima ujian dan dugaan darimu..hapuskan lah segala dosa yang telah ak lakukan Ya Allah.. permudahkan perjalananku dan terimalah taubatku Ya Allah, sesungguhnya Engkau lah maha pengampun dan maha pengasih..moga puasaku pada tahun ini diberkati oleh mu Ya Allah..aminnn ya robbal alamin"


p/s : mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah ayahanda Siti Aisyah (sahabatku sewaktu di sekolah rendah) di atas kehilangan ayahnya yang tersayang pada 29 Julai 2011 yang lepas..Al-Fatihah..

-Selamat menjalani ibadah puasa-