Friday, August 12, 2011

kuih oh kuih

owhhh..hahahhahaha. Macam-macam lah!

kuih paling gangster : Lompat Tikam
kuih paling sexy : Puteri Mandi
kuih paling keji : Taik Itik
kuih bajet cun : Cek Mek Molek
kuih awet muda : Seri Muka
kuih paling alim : Kuih Ketayap
kuih penyakit lelaki kronik : Batang Buruk
kuih dalam zoo : Badak Berendam
kuih negro : Dodol
kuih polis trafik : Kuih samperit
kuih bangun sendiri : Kuih Bangkit
kuih org tak mandi : Kuih Bau-Lu
kuih paling tenteram : Kuih Makmur
kuih paling lembap : Kuih Siput
kuih paling bahaya : Kuih Bom
kuih paling pekak : Kuih Badak
kuih paling terang : Kuih Pelita
bapak segala kuih : kuih tiawww

Monday, August 8, 2011

khasiat buah kurma

diam tak diam dah lapan hari kita berpuasa..alhamdulillah..entry utk kali ni nak cerita pasal BUAH KURMA..bila masuk je bulan puasa mesti ingat buah kurma kan! ibarat irama dan lagu lah kiranya, tak dapat dipisahkan. hehehhehe..actually xkisah pun nak makan kurma ni time bila pun, tapi kurma ni agak sinonim dengan bulan puasa dan berebut-rebut lah orang nak menjual dan membelinya :) ok ok. apa eloknya kalau makan buah kurma ni ea? jom kita baca satu per satu :
  • Kaya dengan unzur zat besi dan kalsium
  • Menggalakkan pertambahan kandungan susu ibu
  • Pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang
  • Makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga
  • Memiliki sifat antioksidan dan sangat penting untuk kesihatan mata
  • Vitamin A juga diperlukan menjaga kulit tetap sihat
  • Mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis
  • Merangsang dan memudahkan kehamilan
  • Membunuh kuman dalam badan
  • Membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan
INGIN TAHU ?

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk. Haaaaa

jangan pegi bazar beli makanan banyak-banyak taw kalau kurma xde kat rumah! so, lepas ni rajin-rajin la amalkan makan buah kurma ya kawan-kawan...selain bulan puasa pun, ready kan stok untuk bulan yang lain juga :)

-selamat mengamalkan makan buah kurma-