Saturday, September 15, 2012

10 Situasi Zaman Belajar

Situasi 1 : Bila ada kawan-kawan pakai hand phone baru

"Fuyoooo.....fone baru tu!!!! Asyuk boleh la kan. Bila kau beli ni? Tengok kejap boleh?"


Situasi 2 : Bila ada kawan-kawan pakai baju/kasut baru

"Ada orang tu bau kedai la weyhhh"


Situasi 3 : Bila ada kawan-kawan pakai kereta mewah di usia muda

"Tengok Si Polan tu..dia pakai kerete mahal weyhh pegi class" "Anak orang kaya, boleh la"


Situasi 4 : Bila ada kawan-kawan dapat dean list

"Si Polan dapat DL weyhh..gila best kan?" "Hurmmm...pandai, boleh la"


Situasi 5 : Bila ada kawan-kawan selalu bercerita pasal lelaki

"Annoying gila perempuan ni asyik cerita pasal lelaki" "Hot stuff kan, memang la"


Situasi 6 : Bila ada budak campus yang berkawan dengan kelompok mereka sahaja

"Kau rasa aku layak tak kawan dengan diorang?" "Kau rasa, kau dah cukup cantik ke"


Situasi 7 : Bila ada kawan-kawan study dekat IPTA

"Eh eh...Si Polan study dekat IPTA kan?" "Pandai boleh la"


Situasi 8 : Bila ada kawan-kawan study dekat IPTS

"Eh eh...Si Polan study dekat IPTS kan?" "Banyak duit boleh la"


Situasi 9 : Bila ada kawan-kawan rapat dengan lecturer

"Si Polan rapat dengan lecturer tu mesti sebab nak bodek kan"


Situasi 10 : Bila kawan-kawan ada bf/gf

"Untunglahhh ada orang sayang"

Semua benda yang diatas ni mesti pernah terjadi dalam life kita kan? Kalau ada yang tak betul tu, abaikan je lah. She post benda ni sebagai hiburan di zaman belajar! cewahhh..so, SELAMAT BELAJAR KAWAN-KAWAN

Sunday, September 9, 2012

KL Burger Bakar (Ukay Perdana)

this is my 1st experience makan burger bakar! gila bapak ketinggalan zaman kan? bukan apa, nak pergi merasa kaw kaw burger bakar dekat Wangsa Maju nun asyik tak dapat je. one day dapatlah invitation dari nadz untuk pergi merasa makan burger bakar, sebab kakak dia baru bertapak jual burger bakar dekat bukit jelutong. memang tak jauh dah nak pergi ke sana dan kebetulan dah lama sangat tak jumpa nadz, so terkedek-kedek la ajak kak awin and housemates pergi merasa burger bakar ni.


kitorang pilih KL BINI-BINIKU GANGSTER! so, bila nak makan tu, kena acah acah buat muka gangster untuk menghayati sendiri rasa burger tu (ok! ni tipu lebih). daging dia sendiri je dah mampat, sodap!


nama menu untuk burger tu sendiri pun dah lain macam! ikut personaliti diri anda. ada KL CIKARO, so memang cikaro boleh makan. ehh ehh. tak la, kita tipu je. so, kalau nak merasa KL BURGER BAKAR (UKAY PERDANA) ni boleh la pergi ke alamat ini : 

 La Nansa Cafe, No.14, Jalan Pelapik, 40150 Bukit Jelutong, S.Alam

me and nadz, bakal pengacara JJCM

tips : pastikan perut anda tidak penuh sebelum nak pergi makan burger bakar ni ok! kalau tak sure dapat habiskan ke tak, kongsilah berdua :)

SADAKO 3D

hye there...we meet again! harapan nak makan char kuey teow tadi terpaksa dilupakan sebab kedainya tutup. damn! memang bukan rezeki la kan. kita dah la tak tahu mana lagi kedai yang char kuey teow yang sedap. takpe lah, next time boleh cari. so kita makan la dekat kedai lain. 

so dah kenyang makan semua, pegi lah space u8. kita berdua je dengan kak awin (housemate). dekat space u8 memang tak banyak sangat cerita yang diorang tawarkan! TAWARKAN? hahahha..whatever! so kitorang decide lah tengok cerita SADAKO je. dalam hati memang masing masing penakut, tp gagahkan jugak. cerita ni pasal video klip yang misteri! berhantu macam tu. 

at the beginning dah ok dah ceritanya sampai kita dengan kak awin tutup tutup telinga, mata. penakut kan! then part hantu tu dah keluar, terus spoil lah! asal hantu tu macam alien? dengan kaki panjang semua. dari syok syok layan takut dah jadi kelakar bila hantu yang ala ala alien tu kakinya tersangkut dekat pintu sebab nak kejar si mangsa! hahahhaha. semua dah gelak, memang bukan horror movie la jadinya kan. terus tiba tiba jadi berani and tak takut nak balik. kesimpulannya, cerita hantu jepun takde la takut semuanya. HEHEHEHE :)

Saturday, September 8, 2012

selamat penghujung raya

phewwww...dah cakap dah! mesti blog ni akan tergendala disebabkan terlalu sibuk dengan tugas sebagai seorang pelajar. aicehhh...eh serious lah! kita sibuk sangat dengan assignment, kuiz muiz, and tak lama lagi dah nak final. lagi lah BUSY SIBUK ok. ok dah! nak pegi makan char kuey teow! malam ni nak berdating dengan bff tercinta. jengg jengg jengg. siapakah gerangan bff kita tu? nanti kita cerita ok. bye! assalamualaikum