Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

dah lama rasanya tinggalkan zaman sekolah kan..kalau dulu time hari guru mesti nak juga beli hadiah utk cikgu kesayangan..then wrap cantik-cantik! then bila dah sampai sekolah semua berebut-rebut nak bg hadiah dekat cikgu masing-masing kan.


bila cikgu dah ready nak nyanyi lagu tema (guru malayisa kowt tajuk dia) heboh masing-masing nak nyanyi sama..HAHHAHAHHAHA."kami guru malaysia...berikrar dan berjanji..membimbing dan mendidik...putra putri negara kita...." siap masing-masing hafal lagu tuh.

rasanya paling best masa 16 Mei ni, semua kelas cancel! HAHHAHHA..jahat je perangai. dulu time sekolah, ak adalah seorang pengawas..aicehhhhh..poyo la pulak nak mention kat sini. bab-bab arrange nak sambut hari guru ni semua terletak di atas bahu pengawas utk menjayakannya. kira orang penting la dekat sekolah ye tak!

so, SELAMAT HARI GURU diucapkan kpd cikgu-cikgu tadika masa dekat Kelantan dulu, cikgu Sekolah Kebangsaan Serting Ulu, cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir dan Sekolah Menengah Teknik Ampangan..kalau pensyarah pun bole dikira sbg cikgu kan! so, kepada pensyarah Institut Latihan Perindustrian Selandar dan pensyarah Politeknik Merlimau Melaka..jasamu dikenang, hanya tuhan sahaja yg mampu membalasnya :)

No comments:

Post a Comment